Sayyidina Umar Bin Khattab ( عمر بن الخطاب), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Bani Adi, Quraisy. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafaur Rasyidin. Sayyidina Umar dilahirkan di Makkah, Bapaknya bernama Khattab bin Nufaul Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan dari golongan kelas pertengahan. Beliau juga memilliki Ilmu yang amat jarang dimiliki kebanyakan orang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah berani dan terkenal kerana kegagahannya.
Sayyidina Umar bin Al-Khattab telah mendapat hidayah masuk Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuan nya membaca ayat -ayat AL-QURAN . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah S.A.W juga pernah berdoa: Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah S.A.w bersabda : Apabila Umar memeluk Islam,Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar.
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Sayyidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Sebelumnya Sayyidina Umar ialah orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu. Menurut ahli sejarah Islam, semasa Sayyidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertemu dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu karena adiknya telah memeluk Islam.
Sayyidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau merasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehingga beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Selepas peristiwa itu beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah penghabisan

Pemerintahan Sayyidina Umar
Semasa pemerintah Sayyidina Umar, Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebagian kawasan Parsia dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637, selepas pengepungan Baitul muqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Sayyidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Sayyidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Sayyidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Sayyidina Umar menunaikan solat.
Sayyidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina. Sayyidina Umar juga amat dikenal karena kehidupannya yang sederhana.
Wafatnya Sayyidina Umar
Sayyidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Majusi Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah atau Fairuz. Abu Lu'lu'ah menikam Sayyidina Umar karena menyimpan dendam terhadap Sayyidina Umar. Dia menikam Sayyidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Sayyidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.
Sayyidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Sayyidina Abu Bakar dan kemudian Sayyidina Uthman bin Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya..
Wallahu A'lam