Home » » Ahmad ibn Hanbal

Ahmad ibn Hanbal

Imam Ahmad ibn Hanbal (Bahasa Arab: ‏‎‎‎‎‎‎‎‎أحمد بن حنبل‏‎‎‎‏‎‎‎ ‎‎‎‎‎‎‎ Ahmad bin Hanbal) (780 [164 AH] - 855 [241 AH]) merupakan sarjana Muslim dan ahli teologi. Dia di anggap sebagai pengasas mazhab Hanbali fiqh. Nama penuhnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu `Abd Allah al-Shaybani.

Ahmad ibn Hanbal dilahirkan di Asia Tengah kepada keluarga Arab pada 780. Selepas kematian bapanya, dia berpindak ke Iraq dan menuntut dengan meluas di Baghdad, dan kemudian menggunakan perjalanannya bagi melanjutkan penggajiannya. Minat utamanya adalah mendapatkan pengetahuan berkaitan dengan hadith dan mengembara dengan meluas keseluruh Iraq, Syria, dan Arabia mendalami ilmu ugama dan mengumpul sunnah Rasulullah Muhammad s.a.w.

Ahmad bin Hanbal menuntut di Baghdad dan kemudiannya mengembara untuk meluaskan pengetahuan dan ilmunya. Beliau amat tertarik dengan pengajian Hadis dan mengembara ke seluruh pelosok Iraq, Syria, dan Semenanjung Arab mempelajari agama mengumpulkan hadis Muhammad.

Setelah beberapa tahun mengembara, Ahmad bin Hanbal berguru ilmu Fiqh dengan Imam Shafie. Ahmad bin Hanbal berpegang teguh kepada fahaman tradisional dan menentang apa-apa inovasi dalam pentafsiran undang-undang Islam. Antara mereka yang menjadi guru Ahmed bin Hanbal adalah Imam Shafie r.a., Bishar bin Al Mufadal r.a., Ismail bin Ulayyah r.a., Jarir bin Abdul Hamid r.a. dan Yahya bin Said r.a..

Pengumpul dan penyusun hadis terkenal seperti Imam Bukhari r.a. dan Imam Muslim r.a., juga mengumpulkan hadis dari pengumpulan Ahmed bin Hanbal. Penguasaan ilmu hadis Ahmed bin Hanbal begitu menyeluruh sehinggakan imam Shafie kadangkala merujuk kepada Ahmed bin Hanbal mengenai hadis-hadis tertentu.

Khalifah Ma'mun-ar-Rashid, dipengaruhi oleh fahaman Mu'tazilah yang banyak memesong daripada fahaman tradisional Islam. Ketika itu, Khalifah dipengaruhi oleh kumpulan Mutazalis yang mempersoalkan asal usul tauhid dan berpegang kepada fahaman bahawa Al-Quran adalah ciptaan manusia dan tidak kekal abadi.

Kumpulan Mutazilah ini mendapat sokongan dan naungan Khalifah Ma'mun-ar-Rashid. Pihak Mutazilah melancarkan Mihna untuk menyaring ulama yang enggan berpegang kepada fahaman yang dibawa oleh kumpulan Mutazalis. Semasa Mihna, ulama Islam diuji untuk menentukan pegangan mereka mengenai pentafsiran dalam perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam.

Ramai ulama yang bertukar pendirian apabila disuruh oleh Khalifah Ma'mun-ar-Rashid dan memberikan persetujuan kepada pentafsiran Islam supaya bersesuaian dengan fahaman Mutazilah. Pendirian Imam Ahmad bin Hanbal diuji semasa pemerintahan Khalifah Ma'mun-ar-Rashid dan Khalifah al-Mu'tasim. Imam Ahmad bin Hanbal berkeras enggan memberikan persetujuan kepada fahaman yang dibawa oleh Mutazalis.

Khalifah al-Ma'mun menghukum sebatan ke atas Ahmad bin Hanbal. Dia dipenjarakan selama 30 bulan dan dipukul teruk. Khalifah Ma'mun-ar-Rashid memerintahkan Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan, tetapi khalifah tersebut meninggal dunia tidak lama selepas mengeluarkan perintah itu. Dia digantikan dengan khalifah Al-Mutasim yang juga berpegang kepada fahaman Mutazilah. Khalifah Al-Mutasim bertanya sama ada Imam Ahmad bin Hanbal sudah bertukar pendirian dan menyokong fahaman Mutazilah. Imam Ahmad bin Hanbal masih enggan mengikut fahaman Mutazilah tersebut dan diberikan balasan hukum sebat dan dipenjarakan. Imam Ahmad bin Hanbal hanya dilepaskan setelah dua tahun selepas itu. Tetapi beliau ditegah mengajar dan menyebarkan ilmu Allah. Tegahan ini kekal sehingga pemerintahan Khalifah Wasiq. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tetap dengan pegangan beliau.

Pada 25 Ramadan 221H, Khalifah Mutasim bertaubat dan memerintahkan Ahmed bin Hanbal dibebaskan. Imam Ahmed bin Hanbal memaafkan kesemua mereka yang menganiayanya kecuali anggota kumpulan Mutazalis yang berfahaman sesat.

Selepas Khalifah Al-Mutawakkil mengambil kuasa, dasar kerajaan berubah. Sebaliknya, dia diberikan penghormatan yang setimpal dengan ilmu dan pengetahuannya. Dia hendak diberikan ganjaran oleh Khalifah Al-Mutawakkil dan dijemput ke istana untuk mengajar. Walaupun demikian Ahmed bin Hanbal enggan menerima tawaran tersebut kerana enggan mendekati istana dan mereka yang berkuasa di istana. Khalifah Al-Mutawakkil sebaliknya memberikan ganjaran kepada Salih bin Ahmad, anak kepada Imam Ahmed bin Hanbal. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuannya, Ahmed bin Hanbal memarahi anaknya dan enggan memakan sedikitpun daripada kemewahan anaknya.

Ahmed bin Hanbal menjadi masyhur dan terkenal dengan warak dan ketaksuban kepada hukum Allah. Pengajaran dan penulisannya membolehkan pengikutnya mengasaskan mazhab Hanbali. Ahmed bin Hanbal meninggal dunia di Baghdad pada 13 Rabiulawal 241H bersamaan 31 Julai, 855M. Mengikut Tarjamatul Imam, lebih 860,000 orang menziarah semasa pengkebumiannya.

Wallahu A'lam


Share this article :

Followers

 
Support : Creating Website | Template | Mas
Copyright © 2011. Dunia Dan Akherat - All Rights Reserved
Template Modify and Proudly powered by Free Blog